Questions? +1 (202) 335-3939 Login
Trusted News Since 1995
A service for global professionals · Tuesday, April 1, 2025 · 799,006,167 Articles · 3+ Million Readers

Water Mission Menanggapi Gempa Bumi yang Memusnahkan di Myanmar dan Thailand

Pasukan Respons Bencana Bergegas ke Rantau tersebut untuk Menilai Keperluan Air Selamat dalam Kecemasan

/EIN News/ -- N. CHARLESTON, S.C., March 30, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Water Mission, sebuah organisasi bukan untung kejuruteraan Kristian, mengerahkan Pasukan Respons Balas Bencana ke Asia Tenggara berikutan gempa bumi bermagnitud 7.7 yang dahsyat di Myanmar dan Thailand. Gempa bumi tersebut telah menyebabkan kemusnahan yang meluas kepada infrastruktur seperti bangunan, rumah dan jalan raya di seluruh Myanmar dan Thailand. Pasukan Water Mission pada mulanya akan memulakan misi mereka di Thailand untuk menilai keperluan air yang selamat untuk penggunaan, sanitasi dan kebersihan di seluruh rantau ini. 

Gempa bumi tersebut dipercayai telah meragut lebih daripada 150 nyawa dan ratusan orang turut dilaporkan hilang. Laporan awal menjangkakan angka ini mungkin akan meningkat dalam beberapa hari yang akan datang. Dalam setiap bencana, akses kepada air yang bersih dan selamat adalah amat penting. Ia akan membantu mencegah penularan penyakit yang disebabkan oleh kualiti air, yang boleh membawa maut terutamanya kepada kanak-kanak kecil

"Water Mission telah menangani lebih daripada 60 bencana di seluruh dunia termasuk gempa bumi besar yang serupa dalam dua tahun terakhir di Turki dan Maghribi," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Water Mission, George C. Greene IV, PE. “Pasukan Respons Bantuan Bencana kami mahir dalam menggerakkan dan bekerjasama secara pantas dengan rakan kongsi di lokasi untuk memberikan bantuan kecemasan secepat mungkin di tempat ianya paling diperlukan.”

Water Mission mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam menangani bencana alam dan krisis kemanusiaan melalui penyelesaian air bersih jangka pendek dan panjang. Dalam tempoh dua tahun terakhir, Water Mission telah menangani taufan di Amerika Syarikat dan Caribbean, banjir di Afrika Timur, gempa bumi di Turki dan Maghribi, wabak kolera di Malawi serta konflik yang berterusan di Ukraine. Sejak tahun 2001, Water Mission telah membantu lebih daripada 8 juta orang di seluruh dunia.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang usaha menanggapi bencana Water Mission sambil organisasi tersebut menyegerakan kakitangan dan sumber untuk menyokong mereka yang berada dalam keadaan terdesak.

Perihal Water Mission
Water Mission merupakan sebuah organisasi kejuruteraan Kristian tanpa keuntungan yang membangunkan penyelesaian air bersih yang mampan untuk masyarakat di negara sedang membangun, kem pelarian dan kawasan bencana. Sejak tahun 2001, Water Mission telah membantu lebih 8 juta orang di lebih daripada 60 negara, menyediakan air bersih sambil menyampaikan mesej kasih Tuhan. Beribu pejabat di North Charleston, SC, organisasi ini memberikan perkhidmatan kepada masyarakat di Afrika, Asia, serta Amerika Utara, Selatan dan Tengah. Charity Navigator telah memberikan Water Mission penilaian tertinggi empat bintang selama 18 tahun berturut-turut, satu pencapaian yang hanya dimiliki oleh kurang daripada 1% badan amal yang dinilai oleh organisasi tersebut. Untuk maklumat lanjut, layari watermission.org, Facebook, LinkedIn, Instagram, YouTube, or Twitter.   

Hubungan Water Mission: Gregg Dinino
Pengarah, Perhubungan Awam
Water Mission
M. +1.843.805.2097
gdinino@watermission.org


Primary Logo

Powered by EIN News

Distribution channels: Energy Industry ...

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Submit your press release